Friday, January 25, 2008

MEMO BLOG MASTER

PERUBATAN MODEN DAN TRADISIONAL SAMA-SAMA CANGGIH
DUNIA perubatan moden hari ini semakin maju dan canggih. Namun begitu perubatan moden yang dikatakan canggih itu juga tidak akan dapat mengubati semua jenis penyakit. Penyakit misteri hasil ganguan makluk halus tidak mampu mereka ubati.

Penyakit misteri hasil ganguan makluk halus hanya mampu diubati oleh bomoh atau sesetengah orang mengenalinya sebagai pawang. Bomoh dan pawang ini juga terbahagi kepada beberapa golongan. Ada yang mengunakan makluk halus yang jahat untuk membantunya berubat. Ada yang mengunakan makluk halus yang baik. Malah ada yang menggunakan jampi serampah dan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.

Kalau perubatan moden mengalami perubahan drastik tak terkecuali juga perubatan tradisional. Dulu kalau kita hendak mengadap bomoh untuk meminta ubat kita mesti membawa sirih pinang, air sejuk dan pengeras mungkin RM1.25 dan sebagainya. Dua puluh lima sen seolah-oleh begitu sinonim dengan bomoh dulu.

Hari ini sirih pinang bukan lagi satu kemestian walaupun ada bomoh yang masih memerlukannya untuk pengubatan.. Bayarannya sudah tidak ada dua puluh lima sen dibelakang. Malah hari ini ada bomoh yang sudah membuka pusat rawatan dan mengenakan sekian-sekian banyak bayaran..

Cara pengubatannya juga pelbagai. Jadi dalam blog ini kita akan memaparkan kebolehan bomoh mengubatai pesakitnya. Blog ini akan memperkenalkan pelbagai bomoh yang terdapat di serata ceruk rantau. Secara tidak langsung akan membantu masyarakat untuk untuk mengetahui kebolehan bomoh dan mengetahui di mana mereka berada untuk mendapat khidmat mereka.

Dalam usaha blog ini memperkenalkan bomoh di dunia internet ini, saya mohon kerjasama Tuan/Puan untuk mengesan dan menulis kisah bomoh itu di blog ini. Bagi yang tidak berkebolihan menulis hubungi saya dan beritahu di mana mereka berada, jika ada kesempatan saya akan melawat dan mengambil cerita mereka. Jesteru itu bagi melancarkan perjalanan blog ini dan lain-lain blog yang usahakan sertailah Rakan Blog Nurzaman di mana Yuran Pendaftarannya hanya RM20.00.

Disamping pihak Tuan/Puan membantu saya menyelaras blog ini dan lain-lain blog pihak Tuan/Puan juga akan mendapat pelbagai ganjaran lebih RM 2,000.00 sebagai tanda terima kasih saya kepada pihak tuan. Hanya dengan RM20.00 Tuan/Puan dapat membantu saya dan masyarakat dan Tuan/Puan juga akan mendapat ganjaran.
Sekian terima kasih.

No comments: