Saturday, February 23, 2008

GANJARAN RM100,000 MENANTI BAGI MAKLUMAT DI MANA SHARLINIE

MISTERI kehilangan adik Sharlinie Mohd Nashar,5, sudah lebih 30 hari. Sehingga kini pelbagai usaha telah di buat oleh pelbagai pihak seperti pihak berkuasa malah para pengamal perubatan tradisional juga banyak membantu tapi sehingga kini masih gagal ditemui.

Usaha yang terkini menglibatkan Biro Aduan MCA melalui ketuanya Datuk Micheal Chong yang menawarkan hadiah RM100,000.00 bagi mereka yang menyalur maklumat sehingga menemui adik Sharlinie. Wang ganjaran ini hasil sumbangan tokoh korporat terkemuka Pengerusi dan Ketua Eksekutif Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan yang memberi sumbangan sebanyak RM83,000.00 dan baki RM17,000.00 di keluarkan oleh pihak Biro Aduan MCA.

Blog BOMOH juga ada meninjau pendapat seorang kenalan merupakan seorang pengamal perubatan tradisional yang tidak mahu dikenali. Beliau telah mengunakan keadaan perubatan yang beliau ada dan memberitahu adik Sharlinie kini berada agak jauh daripada tinggalnya. Dan keadaan keselamatannya juga agak mencurigakan.

Pengamal perubatan tradisional ini tidak mahu bercerita panjang mengenainya bimbang usaha pencarian Sharlinie ini terbantut serta pandangan yang diberi disalah tafsir dan menimbulkan masalah untuk semua orang yang terlibat. Apa yang beliau perkatakan adalah pertunjuk yang diperolihi daripada ilmu perubatan yang di miliki.

1 comment:

merah_s said...

Salam buat tuan rumah ni, semoga sihat n gembira selalu.. sudah sekian lama dan kisah anak kecil ini harus juga di telan zaman. Segera akan dilupakan oleh masyarakat ramai... Entah apa yang terjadi kini, hanya Pemelihara kita saja yang mengetahuinya...