Sunday, July 6, 2008

KHIDMAT BOMOH

BOMOH ROCK DI BUKIT MERTAJAM

KINI kampung Machang Bubuk, kira-kira 5 kilometer daripada Bukit Mertajam muncul seorang pengamal perubatan tradisional yang terkenal sebagai bomoh rock khususnya di kalangan kawan-kawannya dan penduduk kampong tersebut.

Menurut Dahari Kasin, 65 tahun, gelaran bomoh rock ini telah dilabel oleh seorang kawannya Yazik Ishak atau dikenali sebagai Jit. Gelaran ini diberikan kerana penampilan dirinya dari dahulu hingga kini tidak berubah di mana saya amat suka memakai seluar jean, baju ‘T’ dan topi.

“Bila ada dikalangan kawan-kawan yang menghadapi masalah dan perlu menggunakan khidmat bomoh Jit sering memberitahu kawan-kawannya yang menghadapi masalah untuk pergi menemui bomoh rock iaitu saya.” Katanya ketika di temui oleh blog master blog Bomoh baru-baru ini.

Dahari Kasin memberitahu, beliau boleh mengubati pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, budak terkena sawan menanggis, bisul, luka, perkara-perkara mistik seperti terkena buatan orang.

“Saya juga boleh mengurut badan dan memulihkan tenaga batin. Saya juga boleh membuat pelaris dan pengasih untuk rumahtangga yang menghadapi masalah. Dalam mengubati pesakit seperti sakit kencing manis, bisul dan luka saya lazimnya mengunakan herba-herba yang terdapat di kampong.” ujarnya.

“Saya telah mula mempelajari ilmu-ilmu perubatan tradisional ketika berusia 16 tahun dengan seorang tok bidan kampong yang di kenali sebagai Tok Ma atau namanya Roshima di Parit Kasa, Parit Buntar, Perak.”

“Ilmu yang saya perolihi daripada Tok Ma ketika saya tinggal dan berkawan dengan anaknya. Saya sering lihat orang dating menemui Tok Ma untuk meminta ubat dan alhamdulillah ikhtiar Tok Ma nampaknya berkesan membuatkan hati saya tertarik untuk mempelajarinya.” Katanya.

Bomoh rock seterusnya menceritakan beliau terus menimba ilmu perubatan tradisional ketika tinggal di Jeneri, Sik dengan seorang guru pondok yang terkenal Hj. Mat Lala. Di sini selain doa-doa untuk berubat beliau juga mempelajari membuat ramuan ubat-ubat tradisional.

“Saya mula serius selepas isteri saya sendiri dijangkiti penyakit kencing manis hamper enam tahun. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berubat sendiri dan alhamdulillah usaha saya dimakbulkan Tuhan. Kini isteri saya telah sihat dan terus mengamalkan ramuan ubat dan doa yang yans saya buat.”

“Ilmu mengurut saya warisi daripada bapa saya Tok Kasin yang memang seorang tukang urut yang terkenal di zamannya. Walaupun saya telah lama mempelajari ilmu-ilmu perubatan tradisional tetapi saya jarang-jarang mengamalkannya Cuma sejak lima tahun kebelakangan ini ilmu yang telah lama saya pelajari mula saya gunakan.”

“Alhamdulillah setakat ini usaha saya dimakbulkan Allah Azzawajalala. Sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat saya khususnya mereka yang tinggal berhampiran Bukit Mertajam boleh menghubungi saya di talian 016-4917350.” Ujarnya mengakhiri pertemuan dengan blog Bomoh.

GAMBAR AKAN DI INSERT KEMUDIAN

2 comments:

hotzmale001 said...

duit saya dah ditipu oleh seseorang yang saya panggil kawan. saya pinjam kan duit sebab dia kata dia sakit. akhirnya lesap. boleh tolong saya dapat kan semula duit tu? mungkin tok ada cara. terima kasih.

eileen said...

bolehkah saya tau dimana dapat berjumpa bomoh rock? bolehkah saya dapat alamatnya atau telefon number?