Monday, December 29, 2008

KHIDMAT BOMOH

KAK SOYAH BOLEH BANTU RINGANKAN JODOH

HARI ini terlalu banyak dikalangan golongan gadis yang begitu sukar menemui jodoh. Penyumbang kearah kelewatan berolih jodoh untuk bergelar sebagai seorang isteri. Untuk mengatasi masalah itu Kak Soyah atau nama sebenarnya Robiah Binti Zakaria, 68, boleh membantu golongan ini mendapat jodoh dengan cepat.

Menurut Kak Soyah, usaha perubatan tradisional yang diamalkan ini diperolihi dalam mimpi. Beliau sering didatangi seorang lelaki yang segak datang memberi salam dan mengajarnya mengenai ilmu-ilmu perubatan. Ketika itu beliau sedang mengandung anak yang ke dua belas. Anak itu akhirnya mati dalam kandungan dan beliau terpaksa tinggal di hospital lebih kurang 9 bulan.

“ Kak jadi macam orang gila lepas itu lama kelamaan baru baik .Lepas itu kak sudah boleh berubat tapi masih tidak yakin. Mula-mula sekali kak cuba membantu seorang yang terseliuh kaki dan tidak ada orang yang dapat membantu membuatkan kak memberanikan diri untuk berubat. Alhamdulillah orang itu pulih.”

“Kak boleh beruseha membantu mengubati pelbagai jenis penyakit seperti terkena perbuatan orang, kencing manis, batu karang, urut orang bersalin dan bertungku, lemah tenaga batin bagi lelaki, pelaris perniagaan dan pelbagai jenis penyakit lagi.” cerita Kak Soyah apabila ditemui oleh bloger Blog Bomoh di rumahnya.

Kak Soyah juga terkenal dikalangan masyarakat kampung di sini sebagai ‘tok tukang’ atau orang sekarang panggil mak andam., tetapi kerja mengandam ini sudah jarang dibuat. Beliau juga dengan bantuan anak-anak ada menguruskan Katering untuk majlis-majlis keramian dan kahwin.

Katanya, usaha katering ini terpaksa dibuat kerana permintaan orang yang tahu akan kebolehannya memasak. Hari ini begitu banyak orang datang untuk mendapatkan bantuan perubatannya sehingga sukar untuk bergerak.

Sesiapa yang ingin mendapatkan Khidmat Kak Soyah boleh datang sendiri ke rumahnya di Lot 160, Kampung Balik bukit, Tasik Junjung, Simpang Empat atau talian telepon 014-2492720,dan sekiranya gagal sila hubungi menantunya Kak Ana 013-5847741 untuk membuat temujanji.

4 comments:

CaBaiKeRinG said...

salam.. baguih jugak hang bagi tps pasai bomoh bomoh ni.. senang kalau kalau aku kena santau esok ni!

wakaka

www.cabai-kering.blogspot.com
www.juaimurah.blogspot.com

cabaikering

Sukma Bintara said...

tp.... ingin mjadi bomoh.. adalah persoalannya~~~ oleh itu.. sebagai hamba Allah.. jgn terpedaya dengan tipu daya jin dan sekutunya...

berdasarkan crita disebalik wanita ini mjadi bomoh... jin yang brupa manusia yang membuat persetujuan dan ikatan dgnnya...

kesannya... menimbulkan tanda persolan terhadap akidah dan tauhid kepada Allah... kaji dan selidiki.. soal jin, bomoh, pgamalan, dan hubungan dgn Allah.. berubat x salah... tp cara plaksanaan kena lurus pd jalannya.. ikutilah sunnah rasulullah s.a.w.

aweenahassan said...

Salam dan selamat pagi. aku nak share sikit pasal semua yang post disini. Saya juga mempunyai msalah yg sama macam anda anda dan saya pon byk kali kena tipu dengan mereka. takkesahlah kak dayang, cik osman, kak habsah, uncle nukman dan ramai lagi. kebanyakkan semua dlm suspek polis. tapi bukan itu persoalannya. persoalannya saya sudah pon selesai masalah saya setelah cuba dgn pawang ni . pawang ni brnama cik buyong. wlaupon nama dia tak sefamous dkt sini tp kerjanya ini mcm. memang menjadi. saya punya masalah adalah masalah sejenis. selama seminggu lebih kes saya sudah settle. Demi Allah saya katakan memang menjadi. try hubungi dia . 01138849242-cik buyong

Julie Jamal said...

Tak dapat pun contact nombor cik buyong ni?