Sunday, April 5, 2009

KAK SOYAH TERKEJUT DAPAT SAMBUTAN BAIK

PADA 4 April lepas aku berkesempatan untuk berkunjungan ke RUMAH Kak Soyah. Sejak aku menulis cerita Kak Soyah dalam blog ini aku tak berpeluang untuk ke rumahnya untuk mendapat maklum balas kerana aku agak sibuk.

Walaupun aku tidak ke rumahnya tapi aku dapat rasakan yang Kak Soyah akan mendapat sambutan daripada mereka yang melawat blog ini. Jangkaan ini aku buat kerana terdapat dua orang yang gagal menghubungi Kak Soyah telah menghubungi aku.

Menurut Kak Soyah sejak cerita itu tersiar beliau sering mendapat panggilan telefon dan kunjungan mereka yang memerlukan khidmatnya. Mereka yang menghubunginya bukan saja di kawasan utara malah sampai Negeri Sembilan dan Johor.

Kak Soyah becerita, baru-baru ini beliau kebetulan telah pergi ke rumah anaknya di Johor dan beliau memberitahu orang-orang Johor yang menghubunginya melalui telefon. Akibatnya agak ramai yang datang untuk mendapatkan khidmatnya.

“Kak senang dapat membantu masyarakat yang memerlukan khidmat dan Kak berterima kasih banyak-banyak kepada awak dan apa yang boleh saya Bantu awak.” Kata Kak Soyah kepada saya.

Saya memberitahu Kak Soyah, saya tak mahu apa cuma saya mahukan Kak Soyah ajarkan saya bagaimana nak buat makjun kerana Kak Soyah telah lama berjanji nak buat makjun untuk saya tapi kerana agak sibuk dan tak sempat untuk membuatnya.

Saya amat gembira apabila Kak Soyah telah mengajar saya bagaimana nak buat makjun bukan saja untuk lelaki malah untuk kaum perempuan dan beliau juga mengizinkan saya untuk membuat makjun untuk tujuan berniaga. Jika saya buat dia minta saya letak sama di rumahnya untuk di jual kepada pelanggan yang berhajat.

Permintaan Kak Soyah bagaikan orang mengantuk disorongkan batal. Memang saya pernah membantu kawan saya mengeluarkan produk berasaskan herba tidak lama dulu (lihat http://usahaniagaonline.blogspot.com/). Buat masa ini saya sudah membangunkan dan mula memasarkan Produk X-Lalat (lihat http://xlalat02.blogspot.com/). Memang saya amat berminat untuk membangunkan produk-produk bersaskan herba dan dalam masa yang terdekat ini saya juga akan mengeluarkan beberapa produk lain.


Beliau juga memberitahu saya yang resepi makjun itu dari jenis awet muda. Makjun itu akan menjana tenaga seperti orang muda. Saya berazam untuk membuat makjun ini untuk kegunaan saya dan isteri terlebih dahulu disamping mula membuat pembangunan produk dan saya yakin Insya Allah dalam masa dua tiga bulan lagi Produk Makjun Awet Muda resepi Kak Soyah akan berada di pasaran.
Diakhir pertemuan itu Kak Soyah memberitahu saya tujuan beliau mengizinkan saya memaparkan cerita ini bukannya untuk bermegah tapi sekadar untuk menawarkan khidmat mereka yang menghadapi masaalah.

NOTA: BAGI MEREKA YANG TELAH MENGHUBUNGI KAK SOYAH ATAUPUN BOMOH ROCK SILA BERIKAN KOMEN SUPAYA KAWAN-KAWAN KITA YANG MENGHADAPI PELBAGAI MASALAH MENDAPAT KEKUATAN DAN KEYAKINAN UNTUK
MENDAPATKAN KHIDMAT DARIPADA MEREKA.

12 comments:

nmohdrodi said...

Saya bercadang untuk berubat.Semoga dapat maklumkan syarat-syaratnya.Mungkin penyakit angin,bunyi sora macam-macam.bercakap cina,hindu dan lain-lain.
Terima kasih.Angin ribut dok ikut.Barang-barang senang kena curi.Selalu mari sora ceramah agama dan menyumpah-nyumpah.Bila makan tempek pisang,derian,lemang,ketupat baru hilang.

ARZAMAN SULAIMAN said...

no. tel kan tertera di blog sdr. nmohdrodi boleh hubungi kak soyah terus dan bertanyakan dia.

bomoh pengasih tok rimau said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Cheida_Mymee said...

ya tuhan.. saya kenal sgt la ngan tok yah ni.. dekat ngan umah saya...
setakat ni alhamdulillah mak saya sihat sepanjang berubat ngan tok yah..
namun allah yang menetukan sgalanya..
skrng ni tokyah berubat waktu siang je..
mlm dia baca yasin

Mufaz said...

Assalamualaikum....kepada pelanggan yang pernah berurusan dgn Kak Soyah iaitu ibu saya..dimaklumkan bahawa Allahyarhumah telah kembali kerahmatullah jam 5.00 pagi 6/6/2014 (Jumaat) yg lalu. Saya bagi pihak Allahyarhuman mohon ampun dan maaf sekiranya di sepanjang urusan perubatan sekiranya terdapat salah dan silap harap dimaafi. Al Fatihah.

Mufaz said...

TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA ADMIN DI ATAS BANTUAN MEMPROMOSI BOMOH KAK SOYAH. JASABAIK TUAN HANYA ALLAH JUA YANG DAPAT MEMBALASNYA. TERIMA KASIH

seha yahaya said...

Salam... boley x nak tahu no phone bomoh kak soyah n mana dyer tinggal...tq

Dikman Dekman said...

Hey guys, sesiapa ada masalah tentang rumahtangga, percintaan atau hubungan songsang. Meskipun pelaris perniagaan. Anda bole telefon uncle ni. MMG MENJADI! Saya jamin sebab saya sendiri mengalami nya. Kalau saya tipu saya akan bertanggungjawab. Try berubat dkt uncle ni. Anda pasti tak menyesal punya. Call uncle ni 0173585984 ( nukman arshad) maharnya serendah rm400 sahajaaaa pengeras rm1. Try Dijamin memang puas hati

jekkybaby said...

Kena bayar rm400?

muhamas alan arsyah said...

kalau ada masalh cinta hubungi no ni pasti dia boleh tolong 0179629263

muhamas alan arsyah said...

ada maslah cinta atau nk naik pangkat atau nk kaya hubngi no ni 0179629263 pasti dia blh tolong

mawarmerican chai said...

Puan boleh puan bg no tok yah? Saya ada masalah suami tiba2 berubah hati dan menjalin hubungan dengan isteri orang beranak 2 yang merupakan x-classmate masa belajar dulu.